Thursday, November 13, 2008

ISU PM BUKAN MELAYU.. BUKAN MACAM OBAMA

dipetik dari blogger jentayubaka:
Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 10:15 AM . Thursday, November 13

1. KENYATAAN Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Bukan Melayu pun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia bukanlah perkara mengejutkan. Secara teknikalnya, Tun Dr. Ling Liong Sik sudah pernah menjadi Pengerusi BN semasa UMNO diharamkan pada tahun 1988 dahulu.

2. Dalam Mesyuarat MT BN ketika itu, Dr Mahathir bertuah kerana dibenarkan oleh Tun Dr Ling Liong Sik untuk masuk mesyuarat, selepas Dr Mahathir menunggu beberapa lama .

3. Pada awal tahun 1960, Tunku Abd Rahman hendak melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dihalang oleh Lee Kuan Yew ( PAP ). Lee Kuan Yew tidak mahu ada pencabar di kalangan kaumnya, malah Lee Kuan Yew membuat kenyataan yang pelik apabila menuduh pemimpin-pemimpin MCA rapat dengan ideologi Komunis.

4. Lee Kuan Yew tidak mengakui dirinya Komunis walaupun mengaku berasal dari selatan China, malah Lee Kuan Yew berjumpa Tito di Eropah dan mengatakan dirinya benci Komunis dan dirinya adalah nasional tulen.

5. Penulis tidak percaya orang Melayu akan menjadi PM di Singapura walau apapun keadaannya. Lee Kuan Yew telah menanamkan ideologi kepada para penggantinya bahawa orang Melayu jangan diberi peluang mentadbir Singapura walau dalam apa bidang ( tentera, polis, Menteri dll ). Inilah nasihat yang diberikan kepada Lee KUan Yew oleh penasihatnya yang berasal dari Belanda pada awal tahun 1960 dahulu!

6. Maka, bagaimana kita nak bentuk negara Malaysia yang bersatu? jika DAP yang begitu berpengaruh ke atas Anwar sekarang tidak memberikan Nilai pun kepada Istilah Melayu, Raja-Raja, agama Islam dan bahasa Melayu.

7. Suara DAP = Suara PAP = Suara Lee Kuan Yew = Suara Lim Kit Siang = Suara Anwar = Suara Husam Erdogan = semuanya bersatu untuk melenyapkan ketuanan bangsa Melayu yang beragama Islam. JIka ditulis seperti ini, mereka akan kata ini tulisan rasis...soalnya Sila buka suratkhabar Cina sekarang...apakah mereka tidak rasis?

Bagi penulis, untuk mengelak perlakuan rasis oleh semua kaum, kita kena kembali kepada Perlembagaan negara kita dan Wasiat Raja-Raja Melayu pada tahun 1957!
======================================================================

BEGITULAH KISAHNYA APABILA KITA TIDAK LAGI MAMPU MENGURUSKAN "POLITIK" MASA LAMPAU KITA. SEJARAH LAMPAU TELAH MENJADI SATU KEKUATAN DAN KELEMAHAN YANG MEMERLUKAN KEPIMPINAN YANG BIJAKSANA. OLEH ITU UNTUK MENJADI PM MALAYSIA BUKANLAH PERKARA MUDAH MACAM MAKAN KACANG PUTIH SAHAJA.... TAPI PERLUKAN INTEKTUAL DAN KOMPETENSI KEPIMPINAN YANG AMAT TINGGI "BUDI" DAN "JATIDIRI."

No comments: