Wednesday, November 12, 2008
Jika bukan Melayu berkuasa, adakah semangat Obama dikekalkan?
Kemenangan Obama merupakan satu perubahan besar buat Amerika. Ini kerana ini adalah pertama kali dalam sejarah 230 tahun negara Amerika, seorang rakyat kulit hitam pertama menjadi Presiden. Fenomena ini membuka peluang untuk ahli-ahli politik bukan Melayu membangkitkan isu "Bolehkah Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri dari kalangan orang bukan Melayu?".
Soalan ini ditimbulkan seolah-olah mereka berjuang menentang politik rasis berdasarkan kaum. Di sini terdedah satu hipokrasi dan ironi. Jika mereka benar mengamalkan politik yang tidak berasaskan kaum, mengapa pula perlu disebut langsung kaum Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu?
Disamping itu, kepada siapa soalan itu ditanya? Bukankah pada prinsipnya, rakyat yang menentukan wakil rakyat dan parti yang memenangi pilihanraya? Dan, ahli parti parti menentukan siapa ketua parti?
Dengan demikian, cara persoalan ini ditimbulkan seolah-olah menuntut ke atas orang Melayu untuk meletakkan seorang bukan Melayu untuk dijadikan Perdana Menteri. Ini membawa implikasi bahawa jawatan tersebut adalah kuota yang mana seorang bukan Melayu boleh menuntut bahagiannya?.
Persoalan hampir serupa pernah ditimbulkan oleh orang-orang Cina di Persidangan Tahunan Parti MCA baru-baru ini di mana mereka menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kaum Cina. Bagaimana pula bahagian untuk setiap kaum bukan Bumiputera lain pula?
Mereka berani menuntut demikian kerana ada pula satu parti asas Melayu membuka kotak Pandora menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Cina, dan India. Tuntutan sedemikian sebenarnya adalah tuntutan lama yang diulang kembali memandangkan suasana politik Melayu yang lemah. Parti-parti Melayu sedang berbalah sesama sendiri dan UMNO pula sedang berbalah sesama sendiri untuk merebut jawatan. Demi mengambil hati pengundi bukan Melayu yang meningkat pengaruh, tuntutan anih dan kritikan mereka terhadap hak-hak dan kepentingan Melayu tidak terjawab.
Apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ditanya adakah orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri, dengan spontan dia menjawab boleh jika mereka benar-benar seorang rakyat Malaysia yang patriotik dan diterima rakyat.
Bagaimana agaknya pemimpin kaum bukan Melayu menjawab jika ditanya soalan yang sama? Jawapan tersebut tidak dapat diketahui kerana mereka tidak lagi menduduki jawatan Perdana Menteri Malaysia. Namun begitu, jawapan Perdana Menteri Singapura, Brig. Jeneral (Bersara) Lee Hsien Loong kepada soalan yang hampir sama boleh dikira sebagai petunjuk kepada kemungkinan jawapan yang akan diterima.
Dalam satu perjumpaan dengan 350 orang akarumbi dan pemimpin masyarakat Melayu pada 8hb November, 2008, empat hari selepas Obama memenangi pilhanaraya Presiden Amerika, Lee ditanya oleh seorang hadirin, adakah Singapura bersedia untuk diterajui oleh seorang pemimpin minoriti, khususnya kaumMelayu Muslim?
Selepas panjang lebar Lee memberi huraian, jawapannya adalah berikut:
"Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat. Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu ...".
Jawapan ini mengundang satu perdebatan hangat di Singapoura.
Pada tahun 1955, Perdana Menteri Singapura bukan datang dari kaum utama negara itu tetapi dari kaum luar alam budaya Asia, ia-itu seorang kaum Yahudi bernama DAvid Marshall. Beliau mengundur setelah duia tahun kerana tidak dapat mendpaatkan kemerdekaan untuk SIngapura. JIka tahun 1955 boleh, kenapa pula tahun 2008 tidak boleh?
Tulisan berikut ditemui dari blog RockuBru kepada satu laman web Singapura yang telah secara tidak langsung menegur Lee dan sikap kaum majoriti Cina dalam isu ini:
The Online Citizen
Tuesday, 11 December 2007, 2:36 pm
Who really is “not ready” for a non-Chinese PM?
By Gerald Giam
The recent announcement of Mr Tharman Shanmugaratnam’s promotion to Finance Minister — in addition to his current Education portfolio — set many tongues wagging as to whether he might be the successor to Prime Minister Lee Hsien Loong many moons from now. (link)
This in turn sparked a debate in the Straits Times as to whether Singaporeans (read: the Chinese-speaking majority) are ready to accept and support a non-Chinese prime minister.
This isn’t the first time this issue has surfaced. Mr Lee Kuan Yew once said that former Cabinet Minister S. Dhanabalan was one of the four men he considered as his successor, but decided against him as he felt Singapore was “not ready” for a non-Chinese prime minister. That was almost 20 years ago.
Fast forward to the year 2007, and this whole mantra of “Singaporeans are not ready for a non-Chinese PM” is getting very tiresome to listen to. It seems to be most repeated among the English-educated, ethnic Chinese elites, many of whom have little regular contact with both Chinese-speaking “heartlanders” and ethnic minorities. These elites assume that they know the thinking of the Chinese ground. Yet I wonder whether they are just using this as a cover for their own primordial mindsets.
Here are some of the arguments (undoubtedly from these elites) that have been put forth against having a non-Chinese PM:
“I am a realist and am inclined to agree with Mr S. Dhanabalan that Chinese Singaporeans are not ready to accept a non-Chinese prime minister….This is the reality and fact of life that we cannot pretend that such mindset does not exist.”(Straits Times Forum, 1 Dec 07)
“If anything, the ascendency (sic) of China in this century is the very reason why Singapore CANNOT have a non-Chinese Singaporean as leader….A potential Malay candidate as leader will never do because of the region we are in. Neither is an Indian one wise since India is on a headlong fight for economic and political influence with China.”(Comment on ST Forum, 5 Dec 07)
“Let’s be realistic. A majority chinese Singapore will never accept a non chinese PM. Even, i cannot accept it. I am not a racist fyi. Let me tell you why. First, we are a tiny island surrounded by hostile malay/muslim nation similar to Israel…”(HardwareZone Forum, 30 Nov 07)
I find it hard to reconcile how a country that prides itself in meritocracy and rubbishes its neighbour up north for their racialist policies, apparently has the strongest proponents of meritocracy still harbouring this mindset. It reminds me of the oft-repeated mantra that Malay Singaporeans cannot be placed in sensitive positions in the military because their loyalty in times of war may be questionable.
The political reality in Singapore is that it is not up to the Chinese masses to choose their prime minister. Unlike in the US, the electorate does not directly elect their head of government. It is effectively the ruling party (or more specifically the PAP Central Executive Committee and its cadres) which chooses the prime minister, because the head of the ruling party is usually made the PM.
This means that if an eminently qualified minority is passed over for the prime ministership, it is because our elites do not want him there, not because “Singaporeans are not ready”.
Having said that, if it is true that Mr Shanmugaratnam is being groomed to be the next prime minister based solely on the merit of his abilities and character, then I applaud PM Lee for his progressive mindset.
There are so many areas in which Singaporeans were “not ready”, yet the government pushed through policies for what it deemed was in the country’s best interest. National service, English medium education, the casinos, CPF rate cuts and ministerial salaries are just a few that come to mind. Isn’t choosing the best qualified man or woman to lead the country, regardless of race or religion, far more important than all these policies?
Adakah ini boleh menjadi petunjuk bahawa apabila mereka memerintah, jawapan yang diberi hampir sama dan melucukan seperti jawapan Lee Hsien Loong yang mana Malaysia belum sedia diperintah oleh kaum Melayu?
Ini adalah perkara yang tidak memberi keselesaan kepada orang Melayu. Jika kuasa politik yang mereka pegang itu terlepas, mereka akan terlambat untuk menyedari bahawa keadilan yang mereka diajak amalkan itu tidak berkekalan apabila kuasa mereka sudah terlepas.
Dalam sejarah perhubungan kaum di Malaya, orang Melayu sering merasa mereka ditipu dan diputarbelit oleh kaum minoriti yang ada dikalangan mereka hipokrit yang sebenarnya rasis tegar.
Posted by Pesanan at 10:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment