Thursday, November 13, 2008

DISEBALIK PENGUCAPAN TUN MAHATHIR...


Thursday, November 13, 2008
DISEBALIK PENGUCAPAN TUN MAHATHIR...
Jawatan PM atas sokongan majoriti

PUTRAJAYA 12 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas pihak tertentu yang cuba membangkitkan persoalan tentang keperluan mempunyai seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atas alasan agar negara tidak dilihat mengamalkan perkauman.

Bagi beliau, tindakan membangkitkan persoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah bersifat perkauman.

‘‘Tidak sepatutnya soalan itu ditanya, sama ada Melayu atau bukan Melayu. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, jika seseorang itu diterima oleh rakyat Malaysia, dia layak untuk menjadi Perdana Menteri. READ MORE HERE

DES : Semalam Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang agak mendebarkan perasaan setiap Melayu yang mendengarnya. Ramai yang gelabah dan gelisah mendengar pengucapan beliau berkenaan Perdana Menteri Malaysia di masa hadapan boleh menerima sesiapa sahaja asalkan beliau mendapat sokongan majoriti.

Apa yang perlu kita perhati dan perhalusikan di sebalik kenyataan beliau ialah penyatuan Melayu yang amat-amat diperlukan di saat sebegini. Beliau berkali-kali menegaskan sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan majoriti akan layak secara automatik menjadi Perdana Menteri. Nah...setakat ini orang Melayu masih lagi memegang tampuk pemerintahan kerana kelebihan majoriti. Bukankah ini patut dikekalkan bagi mencapai kelangsungan kuasa. Ini juga merupakan peringatan kepada Melayu-melayu yang memperjuangkan hak-hak kesamarataan yang belum tahu apa akibatnya di masa hadapan.

Pesanan sinis ini harus dititikberatkan oleh Kaum Melayu yang telah terpecah kepada tiga kelompok sekarang hanya kerana ideologi politik masing-masing. Berbeza dengan Amerika Syarikat, mereka hanya panas ketika musim pilihanraya kemudiannya bersatu semula setelah selesai pilihanraya untuk mencapai objektif dan hala tuju negara tersebut tanpa mengira ideologi politik.

Fahami kenyataan beliau sedalam-dalamnya dan jangan hanya mentafsir pada permukaan sahaja...selami dan hayati maksud disebalik pengucapan beliau...Melayu harus dan wajib bersatu bagi memastikan kelangsungan kuasa ini kekal. Jika tidak.....

Wallahuallam
Posted by Desperado at 9:03 AM
Labels: KETUANAN MELAYU, TUN MAHATHIR

1 comment:

HANTURAYA HANTURAYA said...

dipetik dari

blog pilihan-anda.blogspot.com

maaf kerana tidak tulisnya dalam posting.