Sunday, October 26, 2008

SAIBA........

MEGAT NORDIN - AMBO RASO BEKENE



MEGAT NORDIN - AMBO RASO BEKENE
Posted In: megat nordin . By Koleksi Lirik Dikir Barat


MEGAT NORDIN - AMBO RASO BEKENE

Baru tengok ambo raso bekene,
Ore jangok serto come,

Ore sedap kelih amboi kulit putih,
Lemoh lembut gayo baik budi bahaso,
Sari tok kelih aii nok duduk toklih,
Ati dale dado toktau nok kato..

Tapi ambo bimbe takutnyo laye,
Mugo balik kawe serbo serbi kure,
Demo ore come serto sedap kelih,
Ramai ore bekene buleh tehe nok pilih..

Baru tengok hati bekene...

Duk nati-nati, nati nok tengok,
Puah bediri ambo duduk congok,
Duk tunggu-tunggu, tunggu nok kelih,
Dipasar minggu di wokaf che yeh...

Bo moleknyo lalu nok tegur raso malu,
Nok sebut tok keno mugo tak tahu namo,
Bimbe takutnyo maroh ke buleh pekdoh,
Ambo hile gamok dio tengok ambo tengok...

Napok-napok tu ado gayo
Ambo senyum gak dio suko,
Nyo mari brani gak sreto metro
Ado giye doh balik ambo...

Baru tengok hati bekene...

Chorus..

Ambo cubo nok masuk dekat,
Kalu buleh ambo nok tanyo,
Kalu sudi tolonglah jawab,
Adik manis siapo namonyo...

Baru tengok hati bekene.....

MAJLIS PEGUAM ADA.. MEDIA BILA LAGI?

Isu Majlis Media, Majlis Akhbar terus jadi bualan

BERLARUTAN sehingga hari Kiamat agaknya ialah perbincangan demi perbincangan mengenai penubuhan Majlis Akhbar atau Majlis Media di Malaysia. Lalu pelbagai pihak bertanya: Bila lagi?

Penubuhan Majlis Akhbar disyorkan pada mulanya oleh Tun Razak pada awal 1970-an, tetapi hingga kini tahun 2008 tiada tanda- tanda ia akan wujud. Ataupun Majlis Media.

Pertanyaan berbangkit kembali pada majlis perbincangan bertajuk Dasar Media di Malaysia oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, pada hari Isnin lalu.

Pada 30 Oktober pula forum atas tajuk Masa Depan Media Massa Malaysia akan dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahad Shabery Cheek.

Kenangan pada masa lampau diperlukan. Pada bulan Ogos 1983 suatu simposium nasional atas tajuk Kearah Dasar Komunikasi Negara sebulat suara mengalu-alukan saranan dasar media, tetapi menolak sebarang undang-undang yang “mewujudkan satu lagi sistem kawalan, kerana yang dikehendaki ialah yang selaras dengan Rukun Negara.

Policy-yes, law-no. Symposium against additional press control, demikian tajuk akhbar Inggeris mengenainya.

Bersabit penubuhan Majlis Akhbar atau Majlis Media, suatu hakikat perlu diterima, iaitu wujudnya akhbar-akhbar bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Ada kalanya sesebuah akhbar tidak tahu apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar lain dan komentarnya bersabit sesuatu perkara, isu atau masalah mengenai apa jua bidang, termasuk politik atau kewangan, malahan juga agama.

Kritikan terhadap sesebuah akhbar yang dianggap “berat sebelah” atau menjadi “pak turut” kemudian menerima tepuk gemuruh pelbagai pihak lain, umpamanya para pelajar universiti yang aktif berpolitik.

Pelancong yang berkunjung ke Malaysia kemudian akan bertanya: Bagaimanakah matlamat menyatukan pelbagai kaum di Malaysia boleh dicapai jika akhbar-akhbar yang dibaca oleh pelbagai kaum menyiarkan “slant” berlainan.

Perkauman

Dalam sesebuah negara yang mempunyai lebih dari 10 parti politik termasuk yang bersifat perkauman, keinsafan bersama perlu mengenai pentingnya laporan saksama dan menghindarkan unsur-unsur perkauman.

Kebebasan akhbar memerlukan pelaksanaan oleh semua pihak, termasuk pihak berkuasa, bukan bergantung kepada pihak akhbar sahaja. Kerana, kesemuanya berada dalam kapal yang sama.

Muncul dewasa ini ialah apa yang dicatat sebagai citizen journalism di Amerika. Penulis-penulis bukan wartawan, terutama yang dipanggil bloggers membuat ulasan yang kadangkala dianggap terlalu bebas mengenai politik, agama, ekonomi, budaya dan lain- lain. Sensitiviti tiap kaum lain tidak dihiraukan.

Pada hakikatnya menjadi perhitungan utama ialah kekuasaan seperti pernah dinyatakan: “Politik bererti mengejar merebut kuasa dan ini terbukti dari sejarah manusia.

Dalam konteks masa kini ahli-ahli politik dan para wartawan memerlukan jasa baik satu sama lain. Ahli-ahli politik mesti menjelaskan dasar-dasar mereka, matlamat dan pelbagai kegiatan mereka. Ini ialah kerana mereka punca kekuasaan. Melalui saluran media, mereka mendedahkan imej dan seterusnya meminta diundi sekali lagi dan sekali lagi.

Pada ketika yang sama para wartawan menyertai proses politik. Apa yang mereka laporkan menjadi perspektif politik. Para wartawan menyampaikan kepada pihak berkuasa harapan, aspirasi, rungutan dan keluhan rakyat. Sesekali mereka melaporkan pendapat yang berbeza atau bercanggah. Kerana ada wartawan yang menganggap diri mereka sebagai pengawal. Kalau dalam bahasa Inggeris dianggap sebagai watchdogs.

Menjadi contoh ialah Majlis Akhbar seperti wujud di Britain, Sweden, Australia, New Zealand, India, Indonesia dan Thailand. Tetapi di negara-negara tersebut tiada akhbar pelbagai bahasa seperti di Malaysia yang juga mencerminkan kebebasan akhbar, sesuatu yang dituntut dalam negara sistem demokrasi.

Ia sesuatu kelebihan oleh negara Malaysia. Maka dengan itu sewajarnya di mana kaki dipijak di situlah langit dijunjung.

YB ZUL AKAN DILAKNAT... BUKAN DISOKONG KERANA ISLAM.

DARI MM 26 OKT., 2008:

Bersatulah demi islam

Zukifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.

“Dalam bercakap soal Islam tiada siapapun dalam parti saya boleh melarang kerana ia adalah hak saya,’’ itulah jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Zukifli Noordin kepada penulis apabila ditanya tidakkah beliau bimbang untuk diwawancara oleh Mingguan Malaysia - akhbar yang diboikot oleh Pakatan Rakyat.

Sememangnya dalam mempertahankan Islam, Zulkifli dilihat salah seorang pemimpin yang paling lantang. Tanpa mempedulikan akibat daripada kelantangannya, Zulkifli pernah dihadap ke jawatankuasa disiplin PKR kerana membantah majlis forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam.

Bagi Zulkifli memperjuang dan mempertahankan Islam adalah agenda utama hidupnya, soal karier politik ‘‘itu saya serah kepada Allah menentukannya.’ Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR di pejabatnya di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Zulkifli secara terbuka bercakap soal betapa pentingnya umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik.

Beliau membangkitkan bagaimana kaum-kaum lain boleh bersatu apabila terdapat isu yang berkaitan dengan kepentingan mereka. Justeru kata beliau adalah sesuatu yang menghairankan apabila ahli-ahli politik Islam yang mempunyai akidah yang sama tidak mampu bersatu.

Malah apa yang mengecewakan beliau kelantangannya menegakkan perjuangan Islam turut ditegur oleh Ahli Parlimen Pas yang pada pandangan beliau seharusnya memberi sokongan. Justeru dalam menyatukan umat Islam, Zulkifli berpendapat berikutan sikap taksub kepartian yang masih lagi melumuri sesetengah pemimpin politik beliau mencadangkan Raja-Raja Melayu memainkan peranan pro aktif dalam soal itu. ‘‘Sudah tiba masanya kita bersatu demi Islam,’’ kata beliau.

MINGGUAN: YB telah membangkitkan soal kenyataan khas Raja-Raja Melayu dalam Parlimen, apa tujuan sebenarnya?

ZULKIFLI: Kenyataan khas Raja-Raja Melayu itu ingin memperingatkan semua pihak bahawa perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan tidak perlu dipersoal atau dipertikaikan. Saya kupas dalam konteks bahawa Islam ini bukan sahaja dari segi syarak dikatakan tinggi tetapi Perlembagaan negara sendiri meletakkan Islam itu tinggi. Pertama, ia berdasarkan kepada beberapa peruntukan contohnya Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang tidak ada di mana-mana negara pun. Artikel itu mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam ia tidak boleh diganggu.

Malah negeri-negeri juga dibolehkan menggubal sebarang akta dan undang-undang menyekat perkembangan agama lain kepada orang Islam. Ketiga, di bawah Artikel 12 kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hendaklah membantu institusi-institusi pendidikan Islam. Lagi satu contoh ialah Perlembagaan menetapkan penubuhan sebuah mahkamah khusus untuk orang Islam bagi melaksanakan undang-undang Islam.

Ini semua adalah antara peruntukan yang ada dalam Perlembagaan yang memberi gambaran jelas bahawa Islam diletakkan di tempat yang tinggi. Keistimewaan ini juga boleh kita lihat apabila di bawah Artikel 150 menegaskan bahawa Yang di-pertuan Agong apabila mengisytiharkan darurat boleh bersama dengan Parlimen menggantung atau membatalkan undang-undang atau membuat apa sahaja perkara yang perlu untuk darurat itu tetapi di bawah Artikel 150 (6A) menyatakan biarpun mempunyai kuasa yang begitu luas satu perkara tidak boleh disentuh ialah undang-undang Islam. Jadi dalam konteks itu sahaja sudah nampak bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri meletakkan Islam di tempat istimewa yang tidak ada pada agama lain malah dalam Perlembagaan tidak sebut pun agama lain.

Keadaan itu berlaku, pertama kerana ia berdasarkan kepada asal usul sejarah negara ini dan kedua, Islam itu menjadi tonggak kestabilan politik negara ini. Sebab itu Islam tidak boleh diganggu-gugat dan sekaligus ia bermakna perkara yang ada kaitan dengan Islam tidak boleh disentuh contohnya Raja- Raja Melayu. Ini kerana mereka adalah pelindung kepada agama Islam, kedua takrif orang Melayu dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan selain berbudaya dan berbahasa Melayu, dia mesti beragama Islam.

Oleh itu kaitan antara Melayu dengan agamanya itu rapat. Sehingga ada kata-kata bahawa Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Kalau dilihat secara menyeluruh dalam Perlembagaan keistimewaan dan ketinggian agama Islam itu memang ditetapkan.

Jadi disebabkan itu Islam sebenarnya tonggak kestabilan politik dalam negara dan tonggak keharmonian rakyat negara ini. Justeru apa juga perkara berkaitan Islam tidak boleh ‘main-main’.

Tetapi sejak kebelakangan ini soal Islam itu sering diganggu-gugat. apakah ini mungkin berpunca daripada perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu?

ZULKIFLI: Ia terjadi kerana kemungkinan ada pihak sedar bahawa di situ terletaknya tonggak kekuatan negara. Jadi apabila Islam dilemahkan atau diganggu-gugat akan berlaku ketidakstabilan politik. Apa yang berlaku sekarang ialah wujud persepsi bahawa orang Melayu itu tidak bersatu. Sebab itulah Raja- Raja Melayu bertitah dalam konteks ini bahawa orang Melayu perlu bersatu dari segala segi walaupun berbeza fahaman politik dan lain-lain.

Sebab itu kalau kita tengok dalam konteks politik sebenarnya kalau orang Islam bersatu dari segi mempertahankan Islam bukannya siasah (politik) seperti bergabung dan sebagainya Islam akan menjadi kuasa politik yang kuat. Contohnya, dalam Parlimen terdapat 132 ahli Parlimen beragama Islam. Mungkin kita tidak boleh bersatu dari segi kepartian tetapi kenapa kita tidak boleh bersatu dari segi mempertahankan Islam? Seharusnya walaupun kita berdiri atas platform parti politik masing-masing kita perlu bersatu apabila timbul isu berkaitan Islam.

Cuba bayangkan apa akan berlaku kalau semua ahli Parlimen Islam bersatu suara dalam hal ehwal Islam, sudah pasti ia akan menjadi kuasa yang cukup kuat malah hampir-hampir dua pertiga.

Lihat kaum lain mereka akan bersatu kalau timbul isu berkaitan dengan kaum mereka. Contohnya, isu penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mereka bersatu suara walaupun daripada parti politik yang berbeza. Kenapa dalam Parlimen mereka boleh bersatu maksud saya dalam memperjuangkan sesuatu isu. Ini yang seharusnya dilakukan oleh orang Islam. Mereka perlu bersatu dalam isu walaupun tidak boleh bersatu dari segi politik.

Tidakkah saudara khuatir implikasi perjuangan saudara memartabatkan Islam kelihatan tidak senada dengan Pakatan Rakyat?

ZULKIFLI: Sebagaimana yang telah saya tekankan banyak kali, saya utamakan Islam dalam apa juga perjuangan. Saya akui saya bukanlah Muslim yang terbaik, tetapi saya akan berikan yang terbaik untuk Islam. Bagi saya, Islam mesti didahulukan dalam apa jua perkara. Kalau ditakdirkan perjuangan memartabatkan Islam ini bercanggah dengan perjuangan Pakatan Rakyat atau mana-mana parti sekalipun, saya tetap akan utamakan Islam. Seperti yang pernah saya sebut, I am a Muslim first, party member second; I am a Muslim first, a lawyer second. I am a Muslim first an MP second. I am a Muslim first, everything else is second.

Walaupun YB bercakap tentang Islam tetapi Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad menganggap nada YB seperti suara UMNO?

ZULKIFLI: Inilah contoh bagaimana orang Islam tidak boleh bersatu dari segi isu bukannya politik. Apatah lagi kalau penentangan itu datangnya daripada Ahli Parlimen Pas. Dia bercakap seolah-olah dia bukan orang Pas. Ini yang menjadi masalahnya. Apa yang saya bahaskan dalam Parlimen adalah menyentuh soal Islam dan sama sekali tidak berkaitan dengan politik. Sepatutnya dia menyokong saya tetapi disebabkan tebalnya fahaman kepartian dia mengambil sikap menolak hanya kerana bunyi ucapan saya boleh menyokong UMNO sedangkan apa yang saya ucapkan boleh membantu Islam. Saya sempat bertanya dengan beliau dari segi apakah ucapan saya salah. Dia jawab isu berkaitan Islam dan orang Melayu itu dimainkan oleh UMNO. Kalau macam itu tidak bolehlah. Dia sepatutnya menyokong saya. Ertinya, kita ini mengamalkan sikap ikut kepartian bukan isu.

Bagaimana kita hendak selesaikan masalah ini kerana UMNO perlu menjaga hati rakan-rakan dalam BN manakala PKR dan Pas pula menjaga hati DAP bila hendak bercakap soal Islam?

ZULKIFLI: Di sini saya rasa perlu ada satu pihak yang memainkan peranan untuk memanggil kesemua pemimpin politik beragama Islam duduk semeja berbincang. Kita jangan cakap dari segi Melayu tetapi cakap dari segi Islam. Ini kerana kalau kita bercakap dari segi Melayu pasti ada yang akan menentang. Saya berpendapat pihak yang paling efektif untuk memainkan peranan berkenaan ialah Raja- Raja Melayu, mungkin Yang di-Pertuan Agong sendiri. Mungkin mula dengan persamaan bahawa kita satu tuhan, satu nabi dan satu kitab. Kalau UMNO panggil Pas tidak akan pergi begitulah sebaliknya. Tetapi kalau Tuanku panggil mereka pasti akan menyambutnya.

Bukankah sebelum ini sudah ada pakatan antara UMNO dan Pas dalam soal itu?

ZULKIFLI: Tetapi ia gagal kerana pendekatan yang digunakan ialah pendekatan parti. Ia tidak akan berjaya. Apa yang harus dilakukan ialah menggunakan pendekatan isu seperti mana dibuat oleh bangsa lain. Mereka menggunakan pendekatan isu. Sebab itulah kalau kita lihat biarpun MIC dan PKR mempunyai fahaman politik yang berbeza tetapi dalam isu Hindraf mereka bersatu. Begitu juga dalam isu Teresa Kok kenapa MCA dan DAP boleh satu suara. Jadi yang hairannya kenapa kita orang Islam tidak boleh berbuat demikian?

Pemimpin-pemimpin politik Islam bukannya tidak memahami bahaya yang menanti, selain Raja- Raja Melayu tidakkah ada mekanisme lain untuk menyatukan mereka?

ZULKIFLI: Mereka perlu duduk berbincang. Sebab itulah pentingnya ada muzakarah atau muqabalah. Bagaimanapun saya tidak nampak cara itu akan berkesan. Bagi saya dalam usaha ini ia harus melibatkan pihak yang neutral. Sebab itu dalam ucapan di Parlimen saya menegaskan bahawa Raja-Raja Melayu perlu memainkan peranan yang lebih aktif.

Ini kerana saya lihat itu sahaja caranya untuk menyatukan orang Melayu dan Islam. Justeru Majlis Raja-Raja boleh memainkan peranan kerana pihak-pihak lain sudah dianggap mempunyai sikap taksub yang tebal terhadap parti.

Tidakkah tekanan demi tekanan yang berlaku ke atas orang sekarang adalah berikutan keputusan pilihan raya umum, YB bersetuju dengan pandangan ini?

ZULKIFLI: Masalahnya bukan Melayu merasakan mereka yang mencetuskan perubahan atau tsunami politik pada 8 Mac lalu. Oleh itu orang kata sekarang ini masa untuk mengutip habuan. Bagi mereka yang duduk dalam Pakatan Rakyat ia adalah masa untuk ‘membayar balik’. Tetapi hakikat sebenarnya perubahan berkenaan bukan sahaja berlaku disebabkan oleh orang bukan Melayu tetapi juga orang Melayu. Kita tidak menafikan bahawa ia terjadi kerana orang Melayu melihat bahawa ‘penyakit’ di dalam UMNO sudah bertambah parah.

Bagi bukan Melayu atau bukan Islam sekarang, mereka berasa menjadi pencetus kepada gelombang perubahan ini, oleh itu mereka yang berada dalam Pakatan Rakyat harus patuh dengan tuntutan mereka. Sebab itu berlaku di mana Ahli Parlimen Pas yang seharusnya menyokong saya bertindak sebaliknya. Ertinya tidak boleh bercakap soal Islam atau negara Islam. Kita seolah-olah bimbang kalau main banyak sangat isu Islam kita akan kehilangan sokongan bukan Islam ertinya harus mengikut teori kononnya tsunami itu dicetuskan oleh bukan Islam.

Dalam soal ini saya menasihatkan pemimpin Islam supaya jangan kita hilang gambaran besar iaitu Islam. Buat apa hendak kita berkuasa kalau kita kehilangan agama kita.

Dalam menegakkan hak Islam ini kita juga berhadapan dengan orang Melayu yang tidak menyokong perjuangan seumpama itu?

ZULKIFLI: Apa yang menjadi kerisauan kepada kita ialah muncul kumpulan baru di kalangan generasi muda orang Melayu yang longgar kepada agama. Mereka ini mempunyai fahaman Islam liberal. Golongan ini sudah nampak mula melonjak. Satu sebabnya mereka ini terdiri daripada golongan elit dan terpelajar justeru pendedahan mereka terhadap dunia siber lebih luas berbanding orang lain. Mereka dilihat sebagai golongan yang mewakili suara Melayu baru. Ini bermakna berlaku satu lagi pecahan di kalangan orang Melayu Islam. Seperkara lagi, fahaman golongan muda berusia 20-an dan 30-an terhadap sejarah agama dan bangsa terlalu longgar kerana mereka terdedah kepada idea-idea liberal sebab itu mereka mengambil sikap sedemikian. Mereka ketepikan soal agama sebaliknya mengutamakan soal hak asasi manusia. Kalau tidak ditangani segera masalah ini khuatir bangsa kita menjadi satu bangsa berbeza-beza.

Siapa yang hendak menangani masalah ini?

ZULKIFLI: Tanggungjawab ini terletak kepada kepimpinan politik Islam sama ada UMNO atau Pas termasuklah juga Raja-Raja Melayu. Kita harus bertindak daripada sekarang dan tidak boleh menunggu lagi. Kalau kita biarkan fenomena berkenaan orang Melayu boleh terancam. Jadi tanggungjawab besar ini ada kepada kepimpinan politik Melayu-Islam. Mereka perlu mainkan peranan pro aktif bagi menghalang satu bencana kepada bangsa Melayu beragama Islam. Kita tidak mahu satu hari nanti Melayu hanya tinggal nama sahaja. Kekuatan bangsa Melayu adalah kepada agama Islam kalau tidak ada agama Islam berakhirlah mereka. Mereka akan jadi seperti bangsa-bangsa lain. Justeru bagi saya pendekatan berdakwah perlu ditingkatkan. Tetapi malangnya badan dakwah dalam kerajaan terlalu banyak sehingga peranan mereka bertindih akhirnya fungsi mereka tidak berkesan.

Dalam usaha kita untuk mengelak muncul golongan generasi baru Melayu yang longgar kepada agamanya mahu tidak mahu usaha berdakwah kepada golongan ini perlu dipertingkatkan. Secara peribadi, saya berpendapat pendekatan yang pernah digunakan oleh Al-Arqam yang mampu menarik golongan muda menyertai mereka harus dipelajari. Begitu juga pendekatan yang digunakan oleh kumpulan Tabligh.

Sepanjang penglibatan saya dalam perjuangan Islam saya tidak pernah melihat agensi dakwah kerajaan memanggil kumpulan-kumpulan Islam duduk berbincang bagaimana hendak mendekati kaum muda. Saya cukup yakin dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang saya lihat mempunyai pendekatan cukup berbeza. Beliau memanggil semua pihak untuk berbincang. Berikutan sikap terbuka beliau saya fikir inilah peluang terbaik untuk kita memperkembangkan dakwah kepada golongan muda.

Selain itu saya berpendapat sudah tiba masanya badan-badan dakwah kerajaan berdakwah kepada bukan Islam. Salah satu contoh terbaik ialah pembinaan masjid Cina – masjid yang pengisiannya melibatkan identiti kaum Cina.

Setakat ini tidak ada masjid yang khutbah, tazkirah atau ceramah dalam bahasa Mandarin atau al-Qurannya ada terjemahan dalam bahasa itu. Akibat daripada kekurangan tersebut ia mewujudkan persepsi bahawa kalau memeluk Islam ertinya masuk Melayu. Ini persepsi yang salah. Cuba bayangkan orang Cina, tiba- tiba dengan khutbah bahasa Mandarin.

Saya mendapat idea ini apabila seorang budak berketurunan India di Jalan Masjid India memeluk Islam selepas mendengar khutbah dalam bahasa Tamil. Justeru saya cadangkan oleh kerana kaum Cina selalu dikaitkan dengan perniagaan tapak terbaik untuk membina masjid berkenaan ialah bekas Penjara Pudu. Kita bina masjid berorientasikan Cina bermakna masjid itu juga pusat perdagangan seperti mana di Surabaya dan Palembang. Di masjid berkenaan semuanya menggunakan bahasa Mandarin.

Selain itu kompleks berkenaan mesti mempunyai kaitan dengan sikap kaum Cina yang dianggap masyarakat perdagangan dengan cara mewujudkan kedai-kedai di sekitarnya. Melalui cara ini kita akan dapat menghapuskan persepsi bahawa memeluk Islam bererti masuk Melayu.

Suara orang Islam juga dikatakan tidak begitu terserlah dalam Majlis Peguam, apa halangan untuk menubuhkan Majlis Peguam Muslim?

ZULKIFLI: Halangan utama ialah legislatif. Sudah ada contoh di United Kingdom dan Australia bahawa badan peguam seharusnya tidak dimonopoli oleh satu badan sahaja. Di sesetengah negara mereka mempunyai tujuh badan peguam, oleh itu sepatutnya ada badan peguam alternatif di Malaysia, kenapa perlu ada Majlis Peguam sahaja? Kenapa tidak diwujudkan Majlis Peguam Muslim, contohnya.

Ini bagi membolehkan peguam yang beragama Islam memilih sama ada untuk berada di bawah Majlis Peguam atau Majlis Peguam Muslim. Tetapi malangnya kita berhadapan dengan masalah kekangan tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan sebuah lagi badan peguam ditubuhkan sedangkan kita ada Akta Profesion Guaman. Sekarang kelemahan yang ada kepada Majlis Peguam ialah mereka tidak boleh meliputi peguam lain contohnya seperti peguam syarie. Justeru apabila timbul masalah di kalangan peguam syarie apa badan yang akan mengawal mereka? Dari segi salah guna kuasa dan salah laku guaman ada juga peguam syarie yang melakukannya, itu kita tidak nafikan tetapi siapa yang akan memantau mereka. Ini peluang untuk pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah badan baru Majlis Peguam Muslim yang merangkumi peguam sivil dan syarie. Ini sudah pasti akan memberi peluang kepada peguam Islam untuk duduk di bawah Majlis Peguam Muslim.

Setakat ini di kalangan peguam Islam mereka hanya menganggotai badan yang bertaraf pertubuhan seperti Persatuan Peguam Muslim, Persatuan Peguam Syarie dan Persatuan Peguam Pembela Islam.

Apakah peguam-peguam Islam tidak mampu menguasai pentadbiran Majlis Peguam?

ZULKIFLI: Masalah jumlah peguam Islam tidak cukup. Kita cuma ada sekitar 40 peratus daripada keseluruhan peguam dan lebih buruk lagi banyak peguam Islam tidak aktif. Macam pemilihan jawatan dalam Majlis Peguam kalau peguam Islam benar-benar aktif sudah pasti kita boleh menguasai majlis berkenaan. Ia berlaku kerana daripada 13,000 jumlah peguam Islam hanya 2,000 hingga 3,000 sahaja yang mengundi. Kalau semua 40 peratus peguam Islam mengundi, boleh bawa perbezaan.

Ini pun sudah menampakkan bagaimana di kalangan peguam Islam pun tidak bersatu dari segi isu.

BILA KENA PUJUK MELAYU LAYU...MAKA MENGALAH DAN BERTOLAK ANSUR BERLEBIHAN...

dari Mingguan Malaysia 26/10/08:

Mengguna pendekatan pujuk bukan tuntut

DUA buah parti komponen utama Barisan Nasional (BN) selamat mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing. Kini MCA dan Gerakan diterajui oleh pemimpin baru. Ong Tee Keat bersama Chua Soi Lek dipilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Soi Lek membuat kejutan mengalahkan Setiausaha Agung, Ong Ka Chuan. Mereka menggantikan Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy yang tidak mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan kali ini.

Gandingan Dr. Koh Tsu Koon dan Chan Ko Youn pula memimpin Gerakan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Tsu Koon yang sebelum ini menjadi orang nombor dua parti memangku jawatan Presiden bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr. Lim Keng Yaik manakala Ko Youn menggantikan Tsu Koon.

Mereka ini juga buat pertama kali akan memimpin parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Satu tanggungjawab berat selepas prestasi buruk pada pilihan raya umum lalu.

Kini tumpuan tentulah kepada UMNO yang akan mengadakan pemilihan pada bulan Mac 2009. Ketika ini, pusingan pertama iaitu pencalonan bagi jawatan-jawatan Presiden sehinggalah ahli Majlis Tertinggi (MT) sedang berlangsung di peringkat bahagian dan akan berakhir bulan depan. Pada masa yang sama, UMNO juga sedang memilih pemimpin-pemimpin peringkat bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Dan ketika UMNO terus bergelut untuk membolehkan pemimpin-pemimpinnya melayakkan diri bertanding pelbagai jawatan, parti-parti komponen BN yang lain terutama MCA dan Gerakan sudah pun memperkemaskan jentera masing-masing. Diharapkan peralihan yang berlaku dalam parti-parti politik itu dapat membawa pembaharuan sebenar kepada politik BN.

Kurang menyenangkan

Namun apa yang kurang menyenangkan di kalangan parti komponen BN ialah timbul pelbagai isu atau lebih tepat 'desakan dan tuntutan' malahan seolah-olah ugutan yang dikemukakan oleh rakan-rakan UMNO ini. Terdapat juga kenyataan sensitif yang dilontarkan yang jika tidak ditangani akan melukakan hati orang lain. Kadangkala suara-suara itu menyalahkan UMNO yang akhirnya mampu melemahkan BN sendiri. Tidak dinafikan antara lain idea-idea ini dilontarkan bagi mendapatkan semula sokongan kaum mereka selepas mengalami tsunami politik pada pilihan raya umum lalu.

Lebih mendukacitakan, ada juga isu remeh temeh yang dibangkitkan berbanding isu-isu penting yang memerlukan keutamaan dan perhatian. Antara tuntutan yang menarik perhatian sebelum ini ialah penstrukturan semula jawatan dalam Dewan Tertinggi BN. MCA mahukan jawatan Timbalan Pengerusi BN. Apa pentingnya jawatan sekiranya setiap keputusan BN boleh dibuat berdasarkan persetujuan bersama? Begitu juga dakwaan mengenai UMNO yang dikatakan lebih dominan. Apakah yang dimaksudkan dominan dan kenapa harus jadi begitu perlu dilihat lebih jauh.

Sudah tiba masanya parti-parti komponen BN melupakan sementara isu remeh temeh untuk memenangi semula hati rakyat. Sebaliknya mereka perlu mencari punca kepada masalah yang menyebabkan rakyat menolak parti masing-masing pada pilihan raya umum lalu. Jangan cepat mencari silap orang lain.

Masing-masing perlu mencari punca kepada masalah dan kemudian merumuskan idea-idea bernas yang benar-benar dapat membantu BN menarik semula pengundi-pengundi pada pilihan raya umum akan datang terutama di lima negeri yang sudah jatuh kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Membiarkan satu atau dua parti komponen BN terus membuat tuntutan dan desakan yang pelbagai akan mendorong parti-parti komponen lain yang jumlahnya begitu banyak membuat tuntutan yang sama.

Tidak dinafikan, ada di kalangan parti komponen terpaksa bercakap secara terbuka untuk menunjukkan kepada penyokong masing-masing bahawa mereka sudah mula berani bersuara. Memang hasrat itu baik tetapi dalam semangat kerjasama komponen BN, kadangkala, apa yang diungkapkan itu amat sensitif serta menyinggung perasaan orang lain. Dan apabila isu-isu sensitif itu diulas maka akan timbul pula masalah lain.

Maka belajarlah untuk memahami apakah yang sensitif dan tidak sensitif ketika membuat 'tuntutan'. Berbincanglah secara berhemah. Hentikan tuduh menuduh di forum terbuka yang seolah-olah akan membuka pekung di dada atau mendedahkan keburukan orang lain yang akhirnya memberi ruang kepada lawan melemahkan BN. Ingatlah apabila ada orang 'bermain api' maka akan ada orang yang akan terus menyalakannya. Dalam dunia politik, orang lebih suka melihat api terus marak daripada mengambil langkah memadamkannya.

Justeru apa yang paling penting, gunakan pendekatan pujuk bukannya tuntut. Pujukan walaupun lambat mungkin lambat laun akan diterima. Pendekatan pujuk ini lebih baik daripada tuntutan keras yang boleh mencetuskan pelbagai masalah. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, tepung tidak berselerak, rambut tidak putus. Akhirnya kawallah kerosakan sebelum kerosakan itu boleh menghancurkan segala-galanya.

Tuesday, October 14, 2008

SEJARAH PERMINTAAN TOK A KADIR DENGAN TOK NAJIB




A KADIR JASIN DALAM BLOGNYA PADA 14 OKTOBER UNGKIT SEJARAH BAHAWA DIA PERNAH MINTA BENDA BESAR KEPADA DS NAJIB SEPERTI DI BAWAH.

HARAP-HARAP DS NAJIB BAWA BALIK DAN SAMBUNG KEGEMILANGAN ALMARHUM BAPANYA TUN RAZAK DALAM MENDAULAT DAN MEMARTABATKAN "KEDAULATAN MELAYU."

SELAIN ITU BANGUNKANLAH PANTAI TIMUR YANG DAH LAMA TIDUR...

YANG PENTING SAMBUNGLAH LEBUHRAYA BENTONG KE KUALA LIPIS. DAN DARI KUALA LIPIS KE GUA MUSANG. DARI SITU MAKA TERUSKAN LAH KE KB DAN SATU LAGI TU TERUS KE IPOH DAN PENANG SERTA KEDAH. BARU LAH ADA MAKNA.

LEPAS NI ORANG JOHOR PULAK JADI PM. LEPAS TU ORANG KEDAH... MUKRIZ KOT?

BEGITULAH GILIR2 HINGGA AKHIR NANTI. SEBAB NEGERI LAIN TU NAMPAKNYA POLITIK KETAM. MEREKA TAK ADA CITA2 NAK LAHIRKAN SEORANG PM... KECUALI KEDAH, PAHANG DAN JOHOR SAJELAH UMNO BERSATU, BERSETIA DAN BERKHIDMAT. ITULAH MAIN POLITIK ADA MAKNA NAMANYA...

KATA A KADIR JASIN:

Cuma saya nak cakap sikit lagi fasal sejarah. Sejarah ni penting. Tetapi ramai juga marah bila kita bercakap mengenai sejarah atau menegur pembesar berlandaskan sejarah.

Macam dalam “posting” lalu, ramai yang marahkan saya kerana saya bagi nasihat yang tidak diminta kepada Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Ada yang tuduh saya benci Mohd Najib kerana tak dapat projek. Ada yang kata saya dah nyanyuk. Ada yang kata saya ni hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ada yang komen, hidung tak mancung lebih baik dari hidung silikon. Aduh, macam-macam.

Saya dah cuba jawab dalam ruangan komen. Tapi ada satu yang saya lupa. Saya menang ada minta sesuatu yang sangat besar daripada Mohd Najib.

Tetapi bukan saya seorang saja. Turut berjumpa Mohd Najib untuk membuat permintaan yang sangat besar itu adalah beberapa orang pengarang Melayu yang sedang berkhidmat dan sudah bersara (atau dibersarakan).

Kalau tidak silap saya pada tahun 2004 atau 2005 dan kami berjumpa Mohd Najib di pejabatnya di Putrajaya. Permintaan kami adalah:

“Tolong jangan hapuskan falsafah, semangat dan matlamat Dasar Ekonomi Baru walaupun tempoh DEB sudah lama berlalu. Pertahan dan perkukuhkan pelaksanaan keadilan sosial (social justice) seperti termaktub dalam DEB. Jangan sekali-kali ketepikan kepentingan kaum majoriti kerana mahu menjaga hati kaum minoriti. Berhati-hati terhadap tindak tanduk golongan liberal dalam Umno.”

Pada waktu itu, timbul cakap-cakap di kalangan sesetengah pemimpin setahun jagung dan berhingus dalam Umno dan dalam Pentadbiran Abdullah yang menganggap dasar ala DEB dan agenda Melayu sebagai sudah ketinggalan zaman.

Kalau Mohd Najib tak terima nasihat saya atau tak pun baca apa yang saya tulis, tak apa. Saya akan kata apa yang saya rasa saya perlu kata. Namun saya gembira begitu ramai membaca dan memberi komen.

TEKS SEPENUHNYA

Monday, October 13, 2008
Keahlian Terus BN Bukan Perkara Baru

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ALHAMDULILLAH, sejak mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan mempercepatkan peralihan kuasa, banyak pula idea-idea baru dan “secondhand” yang Abdullah Ahmad Badawi lontarkan.

Katanya dia tidak akan bercuti sebelum bersara kerana dia hendak tumpukan baki lima bulan itu untuk membuat reformasi kehakiman, polis dan Badan Pencegah Rasuah, antara lain.

Saya tidak mahu kata apa-apa walaupun dia sudah menjadi Perdana Menteri selama empat tahun 11 bulan. Niat yang baik Allah Taala bagi pahala dan kita kena sokong.

Cuma saya nak cakap sikit lagi fasal sejarah. Sejarah ni penting. Tetapi ramai juga marah bila kita bercakap mengenai sejarah atau menegur pembesar berlandaskan sejarah.

Macam dalam “posting” lalu, ramai yang marahkan saya kerana saya bagi nasihat yang tidak diminta kepada Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Ada yang tuduh saya benci Mohd Najib kerana tak dapat projek. Ada yang kata saya dah nyanyuk. Ada yang kata saya ni hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ada yang komen, hidung tak mancung lebih baik dari hidung silikon. Aduh, macam-macam.

Saya dah cuba jawab dalam ruangan komen. Tapi ada satu yang saya lupa. Saya menang ada minta sesuatu yang sangat besar daripada Mohd Najib.

Tetapi bukan saya seorang saja. Turut berjumpa Mohd Najib untuk membuat permintaan yang sangat besar itu adalah beberapa orang pengarang Melayu yang sedang berkhidmat dan sudah bersara (atau dibersarakan).

Kalau tidak silap saya pada tahun 2004 atau 2005 dan kami berjumpa Mohd Najib di pejabatnya di Putrajaya. Permintaan kami adalah:

“Tolong jangan hapuskan falsafah, semangat dan matlamat Dasar Ekonomi Baru walaupun tempoh DEB sudah lama berlalu. Pertahan dan perkukuhkan pelaksanaan keadilan sosial (social justice) seperti termaktub dalam DEB. Jangan sekali-kali ketepikan kepentingan kaum majoriti kerana mahu menjaga hati kaum minoriti. Berhati-hati terhadap tindak tanduk golongan liberal dalam Umno.”

Pada waktu itu, timbul cakap-cakap di kalangan sesetengah pemimpin setahun jagung dan berhingus dalam Umno dan dalam Pentadbiran Abdullah yang menganggap dasar ala DEB dan agenda Melayu sebagai sudah ketinggalan zaman.

Kalau Mohd Najib tak terima nasihat saya atau tak pun baca apa yang saya tulis, tak apa. Saya akan kata apa yang saya rasa saya perlu kata. Namun saya gembira begitu ramai membaca dan memberi komen.

Oh ya, kalau nak komen, tolong bagi nama. Nama samaran pun tak apa. Kalau nama sebenar, lagilah cantik. Komen “anonymous” saya tolak.

(Saya pun bagi nasihat yang tidak diminta kepada seorang pembesar Umno yang akan bertanding pemilihan parti Mac ini dan isteri beliau (yang ayu) ketika menghadiri rumah terbuka mereka.)

Berbalik kepada Perdana Menteri yang akan bersara, dia juga mencadangkan, ketika membuka mesyuarat agung dan perhimpunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia, agar Barisan Nasional mewujudkan keahlian terus (direct membership).

Dia mencadangkan agar ditubuhkan Kelab Barisan Nasional bagi membolehkan orang yang tidak berminat menganggotai mana-mana parti komponen BN untuk menjadi ahli terus BN.

Kalau kita menjejaki sejarah, cadangan Abdullah itu bukan sesuatu yang baru atau luar biasa.

Parti Perikatan, yang berupa pendahulu kepada BN, mengamalkan kaedah ini. Dalam Perikatan, seseorang itu boleh menjadi ahli terus tanpa perlu menganggotai parti komponennya.

Tetapi sistem ini tidak diteruskan apabila Perikatan (Alliance) digantikan oleh BN pada tahun 1973.

Sejak itu, cadangan keahlian terus BN ini telah dibangkit berulang kali tetapi tidak mencapai sebarang kemajuan.

Cadangan ini, jika dilaksanakan, mungkin baik bagi BN dalam erti kata orang yang tidak suka atau marah kepada parti-parti BN masih boleh menjadi ahli dan menyokong BN.

Tetapi ini boleh memberi masalah kepada parti-parti komponen kerana akan menyukarkan usaha mereka menambah ahli atau, lebih buruk, ahli mereka keluar untuk menjadi ahli terus BN.

Ini tidak mustahil terjadi memandangkan penolakan terhadap parti-parti BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu dan krisis yang sedang mereka hadapi.

Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa cadangan keahlian terus BN ini satu masa nanti akan mengubah BN menjadi parti pelbagai kaum bagi menggantikan parti-parti komponen yang berasaskan kaum.

Atau, mungkin juga seperti banyak cadangan dan rancangan Abdullah yang lain, ia akan menderita keguguran atau terbantut seperti cadangan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (yang diuar-uarkan oleh bekas Menteri di JPM, Zaid Ibrahim).

Macam mana pun, kita terimalah niat Abdullah yang baik itu. Yang baik kita kata baik, yang tak baik kita kena kata tak baik. Orang tak suka, itu cerita lain.

posted by A KADIR JASIN | 7:41 AM | 34 comments