SERONOKNYA AKU BILA POLITICA-NET.BLOGSPOT.COM AKUI BAHAWA PERANAN HANTU BERKESAN DI PERMATANG PAUH. AKU NAK PESAN JANGAN GUMBIRA SANGAT HANTU MELAYU... KAU TU ANUAR NAK JUAL HIDUP-HIDUP, MURAH-MURAH. MERDEKA! LELONG! LELONG!
TUNGGULAH DIA JADI PM, HABISLAH DEB DAN HAK ISTIMEWA MELAYU. LEPAS MERDEKA. MELAYU KENA LELONG! BACA LAH NI. MEREKA BUTA SEJARAH. SINGAPURA TERGADAI DULU KERANA HANTU MACAM DIA NI LA! HANTU GADAI MARUAH DAN "KUASA MELAYU."
Thursday, August 21, 2008
PESTA HANTU DI PERMATANG PAUH
Dalam dua posting di blog kuda-kepang baru-baru ni, Datuk Ron melahirkan harapan supaya semua pihak terbabit dalam PRK Permatang Pauh “bertindak dengan penuh beretika dan sentiasa berhemah – jangan ada pengkhianatan, jangan ada manipulasi dan jangan ada penipuan. Segala-galanya wajar ditangani secara bijaksana, adil dan saksama.”
Suara Datuk Ron amat ideal. Tapi ini tak mungkin terjadi. Kepada saya, PRK Permatang Pauh adalah berlian yang tidak ternilai harganya. Terutama sekali kepada BN yang nak tebus maruahnya yang tercemar sewaktu PRU 12.
Sekejap tadi pun saya terima SMS daripada seorang sahabat yang berada di Permatang Pauh. Katanya, dia tak pernah tengok orang UMNO lemah semangat dan termangu-mangu macam anak ayam kehilangan ibu.
Observation sahabat saya ni mungkin tetap. Tapi, ini mungkin wayang, sandiwara. Saya percaya, dalam keadaan macam ni, apa sahaja strategi yang boleh dijadikan peluru untuk tewaskan Anwar Ibrahim mesti akan digunakan sepenuhnya oleh BN. Pokoknya, matlamat menghalalkan cara.
Contohnya, petang tadi saya dah mula dengar perancangan yang tak sedap pasal PRK ni. Ikut tuan yang empunya cerita, pengundi hantu hampir pasti akan menghantui Anwar di Permatang Pauh.
Hantu-hantu ini bukannya jenis import. Tapi hantu made-in-Malaysia. Hantu-hantu ni jenis special, jenis elit, jenis hantu setia yang tak makan tuan.
Ikut congak dan kiraan taukenya, kalau semua hantu-hantu ni diberikan ancak ayam golek dan pulut kunyit yang secukupnya, mereka pasti akan menggila habis di Permatang Pauh.
Hantu-hantu ni akan pastikan Anwar tergolek, tergelempang dan terkejang-kejang sampai tak ada satu bomoh pun boleh pulihkan dia.
Dan bila peti undi dibuka pada 26 Ogos 2008, Abdullah Badawi pasti akan senyum lebar, Najib Razak tentu akan happy gila, Jeanne pun turut terkinja-kinja… BN diumumkan menang dengan majoriti 500-600 undi!!!
Begitulah kata tuan yang empunya cerita. Betul atau tidak, Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya.
Opp.. nanti dulu. Saya lupa. Anwar pun mungkin ada hantu. Kalau gitu, kita tengok hantu BN ke hantu PKR lebih dahsyat. Ikut maklumat sahabat saya, rating oleh satu badan penyelidik setakat hari ni, sokongan kepada BN+AKIM cuma 20 peratus, sementara PKR dapat 80 peratus. Betul ke???
Yang pasti, hantu-hantu yang dikisahkan di atas sudah diberi arahan, lepas PRK Permatang Pauh, Abdullah mesti terus berkuasa supaya dia boleh organise banyak lagi pesta lebih besar di Seri Perdana.

Kalau Abdullah terus berkuasa, Najib akan terus kecut perut tunggu detik peralihan kuasa yang entah jadi entah tidak. Penyokong Najib setuju ke???
Kalau Abdullah terus berkuasa, Anwar akan terus terkejang-kejang dalam keadaan gian yang amat dahsyat kerana gagal merintis jalan pulang ke Putrajaya! Macam mana orang PKR, setuju ke????
Jangan tanya saya kerana saya memang anti-Abdullah. Dia patut dah lama berhenti. Dia patut dah lama pencen. Kalau dia buat apa yang kita semua suruh, aman Malaysia!!!
No comments:
Post a Comment